Perkara kecil namun kurang sesuai. Mungkin ramai suka bergambar ketika melakukan ibadat di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Kini, Kerajaan Arab Saudi secara rasminya melarang pengunjung untuk merakam swafoto, gambar dan video di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah. Menurut portal Kompas.com, merakam gambar di dalam Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah atau di sekitar tempat suci ini akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Menurut rancangan itu, larangan dilaksanakan adalah untuk memberikan mesej kepada semua orang bahawa tempat suci di seluruh negara itu perlu dijaga kehormatan dan maruahnya sesuai dengan tujuannya.
Larangan Bergambar Untuk Menjaga Kesucian
Kini orang ramai kelihatan lebih asyik melakukan perkara sedemikian sehingga menjadikan ibadah di tempat suci hilang intipatinya.
Selain merugikan diri sendiri, melakukan perkara tersebut boleh mengganggu ketenteraman pengunjung lain untuk beribadah.
Kerajaan Arab Saudi menegaskan langkah ini diambil untuk menjamin kehormatan dan maruah tempat suci ini.
Kebanyakan jemaah haji membuang masa mereka dengan mengambil gambar dan video, baru kemudiannya berdoa. Ini bukan sahaja tidak menghormati tempat suci, tetapi juga mengganggu orang lain yang solat.
Dulu memang ada juga arahan sebegini. Tapi,, begitulah…