Laksa Kedah Ringkas Namun Ada Kelazatannya

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Di Kedah, laksa merupakan antara makanan tradisi yang menjadi pilihan ramai. Laksa Kedah juga dikenali sebagai laksa utara.

Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi yang pasti memecah selera. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan.

Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas laksa ini.

Laksa Kedah

Di Kedah, antara laksa yang terkenal ialah Laksa Zakaria Teluk Kechai

Laksa Zakaria Teluk Kechai Popular Di Kedah

Bagi peminat laksa, Laksa Zakaria Teluk Kechai memang ‘power’.

Kalau nak datang sini tak ramai orang memang susah. Setiap hari pasti ramai orang di sini. Ruang makan semuanya dipenuhi pengunjung, tidak ada meja kosong.

Pengunjung bukan saja menikmati laksa di restoran yang terletak bersebelahan sawah padi, namun ramai memesan laksa untuk bungkus dibawa pulang. Ada yang bungkus berkilo-kilo.

Faktor penting untuk memastikan laksa itu sedap dan menjadi kegilaan ramai ialah kuahnya. Kuahnya pekat, laksa ‘gebu’ dan lembut, sebaik saja masuk ke mulut, memang tak terkata. Begitulah keenakan dan penangan Laksa Zakaria Teluk Kechai.

Ramuan yang di gunakan adalah resipi turun-temurun keluarga. Antara nilai tambah yang mereka gunakan bersama kuah ialah sambal kelapa. Sambal kelapa di anggap sebagai perencah tambahan nak bagi ‘kick’ kuah laksa berkenaan. Mereka juga menggunakan isi ikan selayang atau sardin untuk memastikan kuahnya tidak terlalu pekat atau cair, ia perlu setara.

Laksa beras yang digunakan juga bukan yang dibeli di kilang. Dihasilkan sendiri oleh mereka. Laksa yang sudah siap dikilang, rata-ratanya liat, campuran tepungnya tidak sekata, bila kita makan tak sedap. Laksa beras yang dibuat sendiri mempunyai tekstur yang gebu dan sedap. Makan dengan kicap pun sedap.

Kedai makan ini menjadi tumpuan kerana terletak berdekatan dengan Jeti Kuala Kedah. Iaitu pintu masuk utama ke Pulau Langkawi. Ramai yang pulang bercuti dari Langkawi akan singgah ke kedai makan ini.

Terletak di No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah (berdekatan Masjid Teluk Kechai)

Masa operasi: Setiap hari (12 tengah hari hingga 8 malam)

Laksa Langkawi Lain Dari Yang Lain

Laksa Power Tepi Airport

Laksa utara versi asal dari Langkawi ini berbeza dengan laksa utara yang biasa. Ikan yang dipilih untuk dijadikan kuah adalah kombinasi daripada dua jenis ikan iaitu ikan temenung (ikan kembung) dan ikan kebasi. Rasanya tak ramai yang mengenali ikan kebasi. Ikan kebasi juga dikenali dengan nama ikan selangat.

Kuah laksa tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan bunga kantan dan daun kesum. Ia juga mesti disekalikan dengan beberapa jenis ulaman seperti pucuk ketereh (gajus), mentimun, bawang besar yang dipotong nipis dan lada burung (cili padi atau cabai Melaka). Dan tidak lupa telur ayam rebus.

Kalau tengah cari nak makan yang santai dan best di Langkawi, boleh terjah Laksa Power Pantai Airport. Laksa Power salah satu tempat menarik di Pulau Langkawi untuk makan-makan.

BACA JUGA TEMPAT MAKAN SEDAP DI LANGKAWI

Terletak di sebelah Lapangan Terbang Langkawi, ia menyajikan pemandangan yang santai, udara yang nyaman sambil menikmati pemandangan pantai dan kapal terbang berlepas dan mendarat.

Di sepanjang jalan di belakang airport terdapat banyak gerai jual makanan. Namun gerai Laksa Power yang sentiasa ramai orang kunjungi. Dah nama pun Laksa Power, hidangan paling best sudah tentu laksa.

One thought on “Laksa Kedah Ringkas Namun Ada Kelazatannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge