Lagu #BaikSemula Memberi Semangat Untuk Rakyat Malaysia

Pelbagai cabaran telah kita harungi. Namun, perjuangan Pandemik Covid-19 masih belum tamat. Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai.

Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai.

Lagu #BaikSemula

Menerusi ruangan komen di saluran YouTube TV3, lagu terbabit menerima maklum balas yang baik dalam menyuntik elemen positif ketika dunia berdepan dengan pandemik.

Lagu #BaikSemula​, sebuah lagu istimewa untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia​.

Kongsi Nyanyian Lagu #BaikSemula

Kempen BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia.

Kempen #BaikSemula

Kongsikan #BaikSemula​ versi anda bersama TV3 dan AJL35!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover#BaikSemula#AJL35​ di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana.

Info Lagu #BaikSemula

Lagu : #BaikSemula

Artis : Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju & Siti Nordiana

Komposer & Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mage, Tuju, Mike Chan & Karim Karam

Penerbit : Faizal Tahir & Adib Hussin

One thought on “Lagu #BaikSemula Memberi Semangat Untuk Rakyat Malaysia

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge