Pelbagai cabaran telah kita harungi. Namun, perjuangan Pandemik Covid-19 masih belum tamat. Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai.
Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai.

Menerusi ruangan komen di saluran YouTube TV3, lagu terbabit menerima maklum balas yang baik dalam menyuntik elemen positif ketika dunia berdepan dengan pandemik.
Lagu #BaikSemula, sebuah lagu istimewa untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.
Kongsi Nyanyian Lagu #BaikSemula
Kempen BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia.

Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama TV3 dan AJL35!
1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula
2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok
3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda
4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana.
Info Lagu #BaikSemula
Lagu : #BaikSemula
Artis : Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju & Siti Nordiana
Komposer & Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mage, Tuju, Mike Chan & Karim Karam
Penerbit : Faizal Tahir & Adib Hussin
Laila dah dengar lagu ni 3,4 kali..belum rasa aura ‘raaa’ lagi. Maybe kena dengar 2,3 kali lagi kot.. tapi lirik lagu ni memang Padu