Impian Ibu Bapa di Malaysia hampir serupa, ingin melihat anak-anak berjaya masuk Universiti.
Namun ada yang dalam diam hampa apabila melihat keputusan anak-anak yang tidak cemerlang. Hingga kadangkala tanpa sedar kehampaan itu memberi tekanan kepada anak-anak.
Jangan begitu!
Biarpun tidak cemerlang hari ini, anak-anak masih mempunyai peluang yang sangat cerah dalam bidang pekerjaan dan juga pelajaran. Ye benar sekali, peluang yang sangat cerah!

Jom kita baca perkongsian dari Saiful Sazali, Tokoh Alumni dan juga bekas Pelajar Kemahiran Institut Latihan Perindustrian JTM 2001 yang sedang melanjutkan pengajian diperingkat Doktok Falsafah (PhD).
šš¶ššš®šš¶ š
Anak-anak cemerlang SPM —> masuk U sambung Degree.
šš¶ššš®šš¶ š®
Anak-anak tak cemerlang SPM —> masuk Institut Latihan Kemahiran —> Sambung Diploma (nak masuk U dah boleh dah ni ) —> Sambung Degree (mana-mana U pun dah boleh masuk)
Kenapa Pilih Kemahiran
šš²š»š®š½š® š½š¶š¹š¶šµ šøš²šŗš®šµš¶šæš®š»? šš²š»š®š½š® šš®šø š½š¶š¹š¶šµ šøš¼š š¹š®š¶š» šŗš®š°š®šŗ š½š²š»š“ššæššš®š» š®šš®š šøš²šš²šš¶š®ššš®šµš®š®š»?
Macam ni, antara sebab kenapa anak-anak tu tak cemerlang SPM selain dari sebab-sebab yang lain adalah tak suka membaca. Jadi kalau dia pilih ambil kos pengurusan atau kesetiausahaan dah tentu kena menghafal dan membaca. Dalam bidang kemahiran, perlu juga membaca tetapi tidaklah seberat mana sebab lebih kepada praktikal atau amali.
Contohnya macam main bola lah. Mana lebih seronok, belajar tentang bola (teori dan baca buku) atau belajar menyepak bola?(amali atau praktikal).
š š²ššš¶ šŗš®šµš®š¹ šøš®š» šššæš®š» šš»šššø šøš¼š šøš²šŗš®šµš¶šæš®š»? š¦š²šÆš®šÆ šŗš²š¹š¶šÆš®ššøš®š» šŗš²šš¶š»-šŗš²šš¶š» š¶š»š±ššššæš¶.
Kalau diikutkan yuran untuk belajar dalam kos kemahiran, memang mahal. Ada yang satu semester mencecah sehingga 5K.
Tapi jangan gusar, Malaysia ni negara yang cukup kaya dengan peluang. Jabatan Tenaga Manusia mempunyai banyak institusi latihan kemahiran di bawahnya dan yang paling banyak adalah Institut Latihan Perindustrian yang mana institutnya ada hampir di seluruh Malaysia.
Berapa yurannya? Sangat murah! š£šš„ššØš š
Untuk pendaftaran sekali sahaja tak sampai pun 1K. Kemudian setiap bulan dapat elaun RM100. Kalau 12 bulan dah 1.2k. Lepas tu makan dan asrama sepanjang belajar di sana adalah š£šš„ššØš š.
Jadi yang sebenarnya kalau anak-anak masuk belajar di mana-mana ILP kosnya adalah š£šš„ššØš š š£šš„ššØš š š£šš„ššØš š
Ada banyak lagi institut di Malaysia ni yang memberikan latihan kemahiran š£šš„ššØš š. Salah satunya adalah institusi di bawah MAJLIS AMANAH RAKYAT . Di bawah MARA ni tersusun cantik dari peringkat sijil hinggalah peringkat Ph.D, dari Institut hingga ke peringkat Universiti semua dia ada.
š š®š»š® Tš²šŗš½š®š Yš®š»š“ Bš²šæš¶šøš®š» Lš®šš¶šµš®š» Kš²šŗš®šµš¶šæš®š» Sš²š°š®šæš® Pš²šæš°ššŗš®?
Ok baik, sebenarnya banyak tempat yang berikan latihan secara percuma. Saya akan senaraikan institusi di bawah 2 agensi sahaja iaitu MARA dan JTM. Sebab dengan 2 agensi ni sahaja yang saya ada pengalaman.
š®. š šš„š (š š®š·š¹š¶š ššŗš®š»š®šµ š„š®šøšš®š)
i. Institut Kemahiran MARA (IKM)
– http://www.tvetmara.edu.my/en/index.php/programmes/ikm
ii. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
– http://www.tvetmara.edu.my/en/index.php/programmes/kktm
iii. MARA Japan Industrial Institute (MJII)
– http://www.tvetmara.edu.my/en/index.php/programmes/mjii
iv. GIATMARA Malaysia
– http://giatmara.edu.my/language/en/contact/
šÆ. šš§š (šš®šÆš®šš®š» š§š²š»š®š“š® š š®š»ššš¶š®)
i. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
– https://www.jtm.gov.my/2015v3/hubungi-kami/adtec
ii. Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
– https://www.jtm.gov.my/2015v3/hubungi-kami/jmti
iii. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
– https://www.jtm.gov.my/2015v3/hubungi-kami/ilp
(Recomended ILP Tangkak sebab cantik macam taman)
Jangan risau, inshallah peluang kerjaya memang cerah. Negara kita adalah negara pengguna teknologi, jadi memang memerlukan tenaga yang berkemahiran.
Nak anak belajar sampai Diploma, Degree dan Master? Boleh sangat! Selepas dah ada sijil SKM tahap 1 dan 2, kiranya macam anak-anak tu dah lepas matrikulasi, tinggal nak pilih sambung belajar dekat mana je. Cantik kan susunan dia?
Kepada Ibu Bapa yang masih lagi tak berapa faham bolehlah pm tepi. Saya bantu fahamkan.
Saya bukan ejen ye, saya cuma nak bantu anak-anak yang lain untuk nampak halatuju bina kerjaya dan masa depan yang baik.
Tak cemerlang hari ini bukan bermaksud selamanya akan kelam. Ada anak-anak yang jenis lambat panas. Kena ambil masa yang lebih sedikit berbanding orang lain. Yang penting jangan biarkan mereka putus asa. Terus beri semangat! Kegagalan itu kan satu permulaan. Permulaan untuk terus usaha!
Semoga dengan sedikit info ini dapatlah Ibu Bapa nampak ruang dan peluang untuk anak-anak melakar kejayaan di masa hadapan.

Abang memang berbangga dengan Saiful Sazali ni. Ini bukti pelajar kemahiran pun boleh berjaya. Lagi pula kami satu kelas. Kihkihkih

Terbaik la..di mahu ada kemahuan, di situ jalan…
Laila recently posted…Scam Wangiri. Penipuan “Missed Call” Dari Luar Negara.