Kompaun – Neelofa RM60K vs Abang Burger RM50K

Selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Neelofa dikompaun RM20,000 bagi dua kesalahan, suaminya PU Riz pula dikompaun RM10,000 dan 20 ahli keluarga pengacara itu dikompaun masing-masing RM1,500 berjumlah RM30,000.

Perkara itu dimaklumkan KPD Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah. Tindakan itu diambil di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.

Neelofa kena saman 60K

Neelofa telah dikenakan kompaun bagi 2 kesalahan.

Kesalahan 1: Selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB tiada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Kesalahan Kedua : Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama

Bagi PU Riz pula, didapati melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.

Manakala Kesemua ahli keluarga Noor Neelofa binti Mohd Noor seramai (20) orang dikenakan kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Netizen Tidak Berpuas Hati Abang Burger Kena Kompaun RM50K

abang burger kena saman 50k

Namun di sebalik itu, rata-rata netizen kurang berpuas hati kerana semalam tular kisah seorang peniaga di kenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan.

Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.

3 thoughts on “Kompaun – Neelofa RM60K vs Abang Burger RM50K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge