Kisah Lelaki dan Dunia Masakan (Trivia)

Ada wanita beranggapan lelaki yang pandai memasak adalah seksi dan mampu menarik minat wanita terhadap mereka. Betul ke?

Satu kajian pernah dilakukan oleh syarikat makanan PURASIA menunjukkan 48% responden percaya individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya. Manakala 23% lelaki berusia 18 hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat perempuan.

Lelaki dan dunia masakan
Photo by Rene Asmussen from Pexels

Walaubagaimanapun, ada yang beranggapan lelaki yang handal memasak sebenarnya ‘tidak cool’. Ada juga yang anggap golongan ini terdiri dari ‘lelaki lembut’. Amboi tak sayang mulut betul.

Lelaki Gasterosexsuals

Istilah ‘Gasterosexsuals’ merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak di dapur sebagai hobi yang utama.

Menurut kajian Teori Gasterosexsuals, mengaitkan populariti chef selebriti lelaki seperti Chef Gordon Ramsay dan Jamie Oliver merupakan salah satu sebab kenapa memasak menjadi aktiviti kegemaran golongan lelaki. Ia mampu menyerlahkan kekacakan dan perwatakan diri mereka.

Trivia Tentang Lelaki dan Masakan

Di Malaysia, menu utama masakan lelaki bujang adalah telur goreng dan sardin. Namun sejak PKP ni ramai lelaki dah tunjuk kebolehan memasak.

Lelaki jarang memakai apron di dapur.

Menghiris bawang dan mengemas dapur perkara yang paling tidak disukai oleh lelaki.

Menurut majalah MensHealth, sudah menjadi kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju apabila berseorangan di dapur.

Memasak nasi merupakan hidangan paling ringkas namun paling mencabar bagi lelaki. Tidak semua lelaki mampu melakukannya.

Kenapa Lelaki Memasak?

Selain dari minat dan hobi, lelaki memasak kerana lelaki sangat malas untuk membeli makanan di luar. Terutamanya jika tidak ada orang yang menemaninya. Jarang kita lihat lelaki makan keseorangan di luar.

Nak jimat duit. Memasak mampu menjimatkan duit. Masak mi segera pun sudah memadai bagi lelaki.

Kadang-kadang lelaki memasak kerana ingin menghabiskan stok makanan yang hampir tamat tempoh. Rugi pula jika tidak digunakan.

Memasak juga sebagai latihan untuk lelaki ingin menambat hati sang kekasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *