Khabib Bersara Dari MMA Demi Janji Untuk Ibu

I don’t fight for the money. I fight for my legacy. I fight for my people.

Khabib Nurmagomedov

Pasti ramai akan merindui kata-kata hikmah dari sang juara. Pagi tadi , peminat terkejut dengan Khabib Nurmagomedov yang telah umum persaraan beliau.

Khabib mengumumkan persaraan dari dunia MMA setelah mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan juara interim Justin Gaethje pada awal pagi tadi dengan rekod 100% kemenangan daripada 29 pertarungan.

Khabib Bersara

Khabib amat terkenal dengan sifat rendah diri dan sentiasa mengutamakan agama dan keluarganya. Setelah kehilangan bapa yang telah banyak membantu kariernya pada bulan Julai lalu akibat komplikasi kesihatan Covid19, Khabib telah berjanji bersama ibunya untuk terus bersara kerana tidak mampu untuk teruskan sukan ini tanpa bapanya.

Umum mengetahui betapa taat dan hormatnya Khabib terhadap ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lepas. Khabib sempat membina sebuah pusat sukan yang didedikasikan dengan nama ayahnya sebagai tanda penghargaan. Beliau juga selalu dan selalu berpesan supaya menjaga kedua orang tua selagi masih ada peluang.

Antara impian ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Khabib bertarung lagi dua perlawanan bagi menyempurnakan rekod tidak terkalahnya menjadi 30-0. Pertarungan pagi tadi merupakan perlawanan ke-29 beliau.

Sekiranya Khabib memenangi perlawanan ini, ayahnya ingin beliau menamatkan kariernya menentang George St Pierre, seorang jaguh hebat yang merupakan antara idola Khabib sebelum ini.

Namun dalam perlawanan ke-29 Khabib pagi tadi yang merupakan pertarungan pertama setelah pemergian ayahnya. Ibu Khabib pada awalnya tidak mengizinkan Khabib untuk bertarung lagi tanpa kehadiran ayahnya.

Sehinggalah Khabib berjanji kepada ibunya bahawa ini merupakan pertarungan yang terakhir baginya dan beliau akan mengotakan janji tersebut melainkan mungkin sekiranya ibunya kelak ingin menunaikan hajat arwah ayahnya.

Khabib Bersara Demi Ibu

Khabib Bersara

Akhirnya setelah kemenangan mudah penuh bergaya ke atas juara interim tadi, Khabib pun meninggalkan sarung tangan pertarungannya di gelanggang sebagai tanda persaraannya.

Ini membuktikan janjinya kepada ibu beliau untuk bersara selepas pertarungan ini. Semoga selepas ini Khabib akan lebih banyak menyampaikan mesej-mesej dakwah seperti yang dilakukannya sekarang.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *