KFC Zinger Chop Buat Peminat Chicken Chop

RM 16.30 untuk KFC Zinger Chop. Mahal ke? Jika dibanding dengan harga chicken chop yang dijual di tempat lain, harganya sedikit mahal. Namun jika korang dah rasa, ia amat berbaloi.

Sebelum ni kalau disebut Zinger pasti kita fikir burger. Dengan “Zinger Like Never Before”, KFC telah memperkenalkan KFC Zinger Chop khas buat peminat chicken chop. Orang Malaysia dan chicken chop memang tak dapat dipisahkan.

AMCP TV

Keistimewaan KFC Zinger Chop

Zinger Chop disaluti rempah adunan Hot & Spicy yang digoreng sempurna keemasan. Melengkapkan daging ayam yang enak ini ialah Colonel Gravy yang sedap ya amat.

Dihidang bersama KFC Coleslaw yang sering menjadi idaman peminat KFC. Korang boleh pilih untuk dimakan bersama Crispier Fries atau Colonel Rice.

Dengan kebenaran operasi dine-in mengikut SOP yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, KFC telah membuka servis dine-in secara berperingkat. KFC memastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan para pekerjanya terjaga dengan kepatuhan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *