KFC Zero Chicken Burger Bukan Untuk Vegan

KFC Malaysia telah melancarkan burger ayam baharu dari tumbuhan, KFC Zero Chicken Burger. Sebelum ini promo disampaikan menerusi iklan video pendek berdurasi 6-saat di media sosial KFC.

Produk daging burger berasaskan tumbuhan ini, Zero Chicken Burger buat julung kalinya dilancarkan di KFC Singapura Januari lalu. Kini, burger ayam berasaskan tumbuhan ini mula dijual pada 9 Februari 2021.

KFC Zero Chicken Burger

KFC Zero Chicken Burger Bukan Untuk Vegetarian

Sungguhpun tidak diperbuat dari daging ayam sebenar, rasanya pasti mengagumkan apabila diadun dengan 11 rempah rahsia KFC.

Namun begitu, Zero Chicken Burger bukanlah 100% vegetarian walaupun diperbuat daripada daging ayam berasaskan sayuran. Bahan-bahan seperti mayonis yang digunakan tidak vegetarian sepenuhnya kerana mengandungi telur dan produk ttenusu.

Ini dinyatakan sendiri oleh KFC Malaysia di dal setiap promo KFC Zero Chicken Burger.

Walaupun berasaskan tumbuhan, burger ni memang rasa ayam. Mungkin sebab KFC menggunakan rempah original mereka didalam patty ni.

Dengan harga RM15.99 untuk kombo burger, air dan fries, Zero Chicken Burger ini memang tidak mengecewakan.

Abam suka rasa burger ni. Kalau tak cakap tak menggunakan daging ayam sebenar memang orang tak tahu.

2 thoughts on “KFC Zero Chicken Burger Bukan Untuk Vegan

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *