Kes Sporadik Covid-19 Membimbangkan

Malaysia kini berdepan aliran peningkatan mendadak kes baharu dan kematian akibat COVID-19, terutama pada 1 April atau Minggu Epidemiologi (ME) ke-13. Sesiapa saja boleh dijangkiti #COVID19 tidak kira di mana anda berada. Ini kerana kes-kes sporadik yang terus meningkat ke tahap membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, kes sporadik ialah kes yang dikesan dalam komuniti namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Kes sporadik

“Berdasarkan analisis, trend kes kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun), dengan jumlah kes baharu COVID-19 dilaporkan adalah 52,040 kes, yang mana 84.3 peratus adalah kes sporadik. Negara kemudian merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu 53,419 kes yang mana 85.1 peratus adalah kes sporadik,

Dr Noor Hisham

Faktor Peningkatan Kes Sporadik

Antara faktor menyumbang kepada situasi kes sporadik adalah kemunculan varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian lebih tinggi.

Graf kes sporadik

Selain itu, penularan COVID-19 secara lebih meluas dalam komuniti berbanding ME sebelumnya.

Nasihat KKM

Ambil SERIUS situasi ini kerana penularan dalam komuniti termasuk di tempat kerja atau tempat beli belah

Patuhi SOP SEPENUHNYA.

Lindungi diri JIKA perlu keluar rumah.

Daftar http://vaksincovid.gov.my untuk kita segera membentuk imuniti kelompok.

Masyarakat perlu mengambil serius situasi ini kerana penularan COVID-19 berlaku dalam komuniti termasuk di pusat beli-belah, tempat kerja dan sebagainya,

One thought on “Kes Sporadik Covid-19 Membimbangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge