Kenapa Orang Bujang Perlu Ambil Hibah Takaful

Saya bujang, belum berkeluarga, perlukah saya sign up pelan perlindungan takaful?

6 sebab kenapa kita perlu ada plan perlindungan insuran takaful walaupun tidak berkahwin:

hibah takaful

1. Kita tak selamanya sendiri. Beli takaful sekarang untuk kita mudah urus coverage sedia ada bila kita dah berkahwin nanti. Bersedia dari muda, sebelum meningkat tua.

2. Polisi lebih murah ketika kita muda dan sihat.

3. Jika ibu bapa atau adik beradik yang menjadi pencagar bagi pinjaman anda, pasti mereka akan terpaksa menanggung nya sekiranya anda ditimpa penyakit yang menyebabkan hilang upaya atau cacat kekal. Beban akan di galas oleh mereka. Dengan pampasan yang ada pasti akan selesaikan masalah ini.

4. Pampasan boleh di hadiahkan juga kepada anak buah, sepupu atau sesiapa sahaja. Malah boleh juga di infaqkan atau di wakafkan untuk pahala yang berterusan.

5. Kita boleh membeli satu polisi yang akan dibayar pampasan secara lump sum atau bayaran bulanan untuk bina income protection apabila kita di sahkan tidak mampu bekerja atau hilang upaya.

6. Takaful adalah salah satu asas dalam piramid kewangan. Musibah akan berlaku. Takaful adalah salah satu persediaan untuk kita berdepan dengan musibah & akan membantu kita menyelesaikan masalah pada masa itu. Sama ada rawatan atau pun masalah kewangan. Kita perlu sentiasa bersedia kerana ia dalam kawalan kita, yang di luar kawalan adalah BILA ia akan terjadi.

Kenapa Abam Ambil Hibah Takaful

Abam baru dua bulan ambil hibah takaful. Mungkin baru dapat kesedaran hihi.

Lagi pula sekarang ni abam banyak buat aktiviti lasak dan berisiko, jadi kalau jadi apa-apa kat abam, waris abam akan :

» selesaikan hutang abam yang ada

» HIBAH terus ke mak sebagai belanja sara hidup

» HIBAH terus ke mak untuk renovate rumah

» abam boleh HIBAH pada adik beradik untuk bantu selesaikan hutang mereka

» WAQAF kan untuk jadi amalan jariah : badan kebajikan, anak yatim, sekolah agama, masjid

Nak masuk syurga? Usah sempitkan pintu amalan kita…
Luaskan, Sebarkan…
Biar ia mengalir walaupun kita sudah tiada..

One thought on “Kenapa Orang Bujang Perlu Ambil Hibah Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge