Daftar e-Wallet MAE dan Terima RM10 Secara Percuma

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan MAE by Maybank2u . Ini sebagai salah satu platform dompet elektronik atau eWallet di Malaysia.

e-wallet MAE

Kini mereka telah memperbaharui perkhidmatan tersebut dengan aplikasi baharu, bersama kad debit fizikal iaitu Kad Debit MAE Visa.

Kad Debit MAE

Antara faedah Kad Debit MAE ialah kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Pengguna MAE boleh memohon kad debit ini melalui aplikasi MAE dan ia akan dihantar terus selepas diluluskan.

Satu ciri MAE yang boleh menyelesaikan masalah terbesar penduduk Malaysia ialah Roda Makan Mana. Ia membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.

Kad ini memberi satu saingan kepada kad debit BigPay yang ditawarkan oleh AirAsia. Sedikit sebanyak, MAE menawarkan banyak perkara yang terdapat di BigPay.

Aplikasi MAE by Maybank2U

Bagi yang belum tahu, aplikasi MAE by Maybank2u dilengkapi ekosistem unik untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan harian, melebihi keperluan perbankan biasa mereka.

Ia menggabungkan perbankan mudah alih, pembayaran QR dan dompet digital, dengan menambah ciri-ciri baharu untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Semuanya di dalam satu aplikasi.

Aplikasi dihasilkan juga sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab dan lebih komprehensif. Antaranya menerusi ciri “Expenses“, yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan melalui akaun, kad, dan transaksi QR Maybank.

Bagi menyemai semangat menyimpan wang, ciri “Tabung” boleh digunakan. Pengguna bole menyimpan duit secara konsisten dan berkala, untuk mencapai matlamat mereka.

Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu Individu dan Kumpulan. Maybank adalah yang pertama memperkenalkan ciri Tabung berkumpulan di mana ia membolehkan pengguna menyimpan wang bersama rakan atau keluarga.

Untuk membantu pelanggan mempercepatkan proses menabung, Maybank juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Boosters. Pada masa ini, terdapat 3 jenis Booster:

  1. Spare Change – membundarkan perbelanjaan dan memindahkan baki ke dalam Tabung.
  2. Scan & Save – mengkreditkan simpanan yang diperoleh daripada promosi transaksi QRPay ke dalam Tabung.
  3. Guilty Pleasure – membolehkan pelanggan menetapkan had perbelanjaan harian dalam kategori yang dipilih dan jika perbelanjaan melebihi had tersebut, jumlah berlebihan akan dikreditkan ke dalam Tabung.

Cara Muat Turun Aplikasi MAE dan Terima RM 10

Aplikasi MAE

Aplikasi MAE by Maybank2u boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple AppStore.

Buka apps MAE. Tekan NEXT, NEXT dan NEXT.

Anda perlu AGREE dengan terma dan syarat.Anda akan dibawa ke paparan utama apps MAE.

Tekan LOGIN di bahagian atas kanan.Sekiranya anda pengguna baru MAE (masih tiada akaun MAE), pilih option di sebelah kanan – No Account? Apply for MAE account now

Baca arahan seterusnya dan pilih NEXT.

Masukkan nama penuh dan Mobile Number anda

Pilih jenis ID – MyKad .Continue dan Success.

Verify Number Mobile anda- Proceed

Masukkan OTP Num yang dihantar ke telefon anda

Activate MAE Account Now

Masukkan email untuk pengesahan

Tick YES untuk PDPA & terma syarat

Anda akan menerima notis pengesahan permohonan buka akaun MAE

Jangan lupa gunakan Referral Code NAB072264 untuk nikmati tambahan RM10 !

Referral Code: NAB072264

6 thoughts on “Daftar e-Wallet MAE dan Terima RM10 Secara Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge