Kad Debit MAE Visa Maybank Tampil Ciri Menarik

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan MAE by Maybank2u awal tahun ini. Ini sebagai salah satu platform dompet elektronik atau eWallet di Malaysia.

Kini mereka telah memperbaharui perkhidmatan tersebut dengan aplikasi baharu, bersama kad debit fizikal iaitu Kad Debit MAE Visa.

Kad Debit MAE

Antara faedah Kad Debit MAE ialah kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Pengguna MAE boleh memohon kad debit ini melalui aplikasi MAE dan ia akan dihantar terus selepas diluluskan.

Satu ciri MAE yang boleh menyelesaikan masalah terbesar penduduk Malaysia ialah Roda Makan Mana. Ia membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.

Kad ini memberi satu saingan kepada kad debit BigPay yang ditawarkan oleh AirAsia. Sedikit sebanyak, MAE menawarkan banyak perkara yang terdapat di BigPay.

Aplikasi MAE by Maybank2U

Bagi yang belum tahu, aplikasi MAE by Maybank2u dilengkapi ekosistem unik untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan harian, melebihi keperluan perbankan biasa mereka.

Ia menggabungkan perbankan mudah alih, pembayaran QR dan dompet digital, dengan menambah ciri-ciri baharu untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Semuanya di dalam satu aplikasi.

Aplikasi dihasilkan juga sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab dan lebih komprehensif. Antaranya menerusi ciri “Expenses“, yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan melalui akaun, kad, dan transaksi QR Maybank.

Bagi menyemai semangat menyimpan wang, ciri “Tabung” boleh digunakan. Pengguna bole menyimpan duit secara konsisten dan berkala, untuk mencapai matlamat mereka.

Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu Individu dan Kumpulan. Maybank adalah yang pertama memperkenalkan ciri Tabung berkumpulan di mana ia membolehkan pengguna menyimpan wang bersama rakan atau keluarga.

Untuk membantu pelanggan mempercepatkan proses menabung, Maybank juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Boosters. Pada masa ini, terdapat 3 jenis Booster:

  1. Spare Change – membundarkan perbelanjaan dan memindahkan baki ke dalam Tabung.
  2. Scan & Save – mengkreditkan simpanan yang diperoleh daripada promosi transaksi QRPay ke dalam Tabung.
  3. Guilty Pleasure – membolehkan pelanggan menetapkan had perbelanjaan harian dalam kategori yang dipilih dan jika perbelanjaan melebihi had tersebut, jumlah berlebihan akan dikreditkan ke dalam Tabung.

Cara Muat Turun Aplikasi MAE

Aplikasi MAE

Aplikasi MAE by Maybank2u boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple AppStore.

Pelanggan Maybank hanya perlu mendaftar masuk menggunakan kata laluan Maybank2u dan terus dapat menggunakannya. Data dari semua akaun Maybank mereka akan dimuat secara automatik ke aplikasi MAE by Maybank2u.

Untuk pelanggan bukan Maybank, mereka boleh membuka dompet MAE dengan mudah secara terus dari aplikasi, tanpa perlu mengunjungi cawangan untuk menikmati aplikasi MAE by Maybank.

Setelah permohonan diluluskan, mereka boleh terus menggunakan aplikasi dan kesemua ciri perbankan dan kewangannya.

Maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi ini boleh didapati di laman web MAE by Maybank2u.

Please follow and like us:

5 thoughts on “Kad Debit MAE Visa Maybank Tampil Ciri Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *