Sebenarnya ini kali kedua abam sampai ke daerah Kampar. Cuma kali pertama jalan-jalan di Pekan Kampar. Sebelum ini hanya singgah di Gopeng. Sebelum ini abam ingat Gopeng tu daerah atau Gopeng tu bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
Rupanya Gopeng di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kampar.
Abam suka datang sini sebab abam memang suka dengan eko-pelancongan. Banyak aktiviti menarik abam lakukan sepanjang 3 hari 2 malam di sini.
Ada aktiviti lasak dan juga aktiviti santai. Itu lah tarikan di daerah Kampar. Jom abam bawa korang tempat menarik di daerah Kampar dan apa aktiviti yang boleh lakukan di sini.
Cuma pesan abam kalau datang ke Kampar, sila bawa pakaian yang sesuai menarik sebab banyak tempat boleh ootd dan juga pakaian untuk lakukan aktiviti lasak.
Aktiviti dan Tempat Menarik di Daerah Kampar
Berakit di Jeram Sungai Kampar

Ini aktiviti utama abam ke daerah Kampar. Berakit di jeram Sungai Kampar. Pertama kali dulu abam hanya buat fun rafting.
Kali ini abam cuba aktiviti White Water Rafting. Memang enjoy. Lagi-lagi abam satu bot dengan geng blogger Khairul Anuar, Iena dan Neyra. Memang kecoh la satu bot tu. Instruktor pula saudara Razi yang berasal dari Johor. Memang sporting habis dia tu.
Kami ambil pakej di bawah Riverbug. Water rafting di Sungai Kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya pula cukup mencabar sampai korang mungkin tercampak keluar dari rakit memang menyeronokkan. Kalau nak tahu, water rafting di Sungai Kampar ni dikategorikan tahap I hingga III.


Tak tahu mendayung? jangan risau, taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat.
Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti.
Aktiviti ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang cergas dari segi fizikal dan mereka yang mendambakan pengembaraan teknikal ringan sambil menikmati perjalanan berakit dengan selamat.
Korang boleh hubungi Riverbug untuk keterangan lanjut.
Meneroka Gua Tempurung
Satu lagi aktiviti lasak yang menarik boleh korang lakukan ialah meneroka Gua Tempurung. Antara gua yang terkenal di Malaysia. Pernah menjadi lokasi pengembaraan filem Cicakman 2.
Gua Tempurung merupakan antara gua yang terpanjang di Malaysia. Panjang gua ini adalah lebih kurang 3 km.

Nama gua batu kapur ini diambil sempena bentuk gua yang kelihatan seperti tempurung kelapa.
Korang aktif dan lasak kan? Korang memang perlu datang ke sini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental anda. Nature lover juga patut datang ke sini dan meneroka setiap sudut Gua Tempurung yang unik dan bersejarah.

Antara aktiviti yang boleh anda cuba adalah jungle trekking dan meredah sungai. Jangan risau kerana korang boleh dapatkan tour guide dalam pakej yang berbaloi. Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan untuk keselamatan pengunjung seperti gua yang dilengkapi lampu, titi dan tangga.

Nampak macam mencabar, tapi bila dah sampai ke penghujung pasti rasa kepuasan dapat meneroka Gua Tempurung.
Gua Kandu
Kalau korang rasa letih nak buat aktiviti lasak di Gua Tempurung, korang boleh singgah di Gua Kandu.

Gua Kandu tak banyak dikenali ramai seperti Gua Tempurung. Gua batu kapur ini berusia 400 hingga 500 juta tahun berdasarkan penemuan fosil di kawasan tersebut.
Abam hari tu tak sempat nak teroka lebih dalam Gua Kandu ni. Sekadar di luar sahaja. Maklum la dah letih di Gua Tempurung.

Walaupun sekadar di luar, sempat la juga ambil gambar sebab cantik kalau buat photoshoot di sini.
Hoga Gaharu Tea Valley

Kalau korang pencinta pemandangan alam semula jadi, boleh singgah di Hoga Gaharu Tea Valley. Kalau datang sini dah macam pergi Cameron Highland. Cuma yang bezanya sini bukan ladang teh tetapi ladang pokok gaharu.

Anda boleh menaiki van dengan kadar RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak untuk melawati 3 check point menarik di Kawasan ini. Check point pertama adalah Viewing Stage & Hilltop Café manakala check point kedua adalah Hugging Park. Checkpoint terakhir pula adalah Lover’s Park.

Memang seronok la datang sini sebab abam pertama kali tengok pokok gaharu.

Dah sampai sini jangan lupa mencuba teh gaharu dan aiskrim gaharu.


OOTD di Disney Avenue Agacia Land
Sebab apa abam cakap kena bawa pakaian yang menarik? Inikerana korang boleh ber’ootd’ sepuas hati di Disney Avenue Agacia Land. Walaupun kawasan sekarang agak terbiar, namun jika pandai mencari spot yang cantik, pasti korang berpuas hati.



Muzium Gopeng
Bagi peminat sejarah, korang boleh singgah ke Muzium Gopeng. Terletak di Jalan Eu Kong, Gopeng, terdapat 300 barangan antik atau peninggalan yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu di Muzium Gopeng.


Terdapat banyak barangan antik seperti radio, basikal, penimbang dan sebagainya di dalam Muzium Gopeng dan juga korang boleh mengenali sejarah Gopeng.

Muzium Perlombongan Bijih Timah
Satu lagi muzium yang korang boleh singgah ialah Muzium Perlombongan Bijih Timah. Muzium yang dibuka pada 24 Oktober 2012 ini terletak di Bandar Baru Kampar.
Sebaik sahaja melangkah masuk, pelawat akan dapat melihat replika aktiviti mendulang, pam kelikir, mencari bijih timah dan pelbagai jentera berat. Selain itu, terdapat banyak lagi replika pelombong dan aktiviti melombong di dalam bangunan muzium.


Muzium ini dibuka secara percuma kepada pelawat pada hari Isnin – Jumaat, 9.00am – 1.00pm dan Sabtu & Ahad serta cuti umum, 9.00am – 4.00pm.
Paip Besar Gopeng
Satu tarikan menarik di Kampar yang korang patut singgah ialah Paip Besar Gopeng. Paip dengan panjang asal 13.6km ini menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntum dan Ulu Gerah dengan kawasan perlombongan di Gopeng.
Oleh kerana permintaan biji timah yang meningkat sekitar tahun 1919 – 1930, pelbagai penambahbaikkan terhadap paip sedia ada telah dilakukan dan akhirnya panjang keseluruhan paip telah bertambah dari 13.6km kepada 15km.

2 batang paip yang dipamerkan sekarang telah didermakan kepada Kerajaan Negeri Perak oleh kontraktor pelupus, Syarikat Global Distrinction Sdn.Bhd ( saiz paip 96kaki panjang dengan diameter 30inci )

Tarikan Menarik Lain di Daerah Kampar
Sebenarnya ada beberapa lagi tempat menarik di Kampar yang boleh korang singgah. Antaranya Menara Jam Kampar.

Nanti di entri akan datang abam akan share satu lagi tempat menarik di daerah Kampar yang korang boleh ootd sepuasnya. Tunggu ya.
waahh.. banyaknya tempat-tempat yang menarik kat Kampar tu. teruja nak water rafting
Geng Borak recently posted…Tidak Perlu Mahram Jemaah Wanita, Kini Bebas Ke Tanah Suci