Jadikan DS Najib Bahan Konten, Kumpulan Puteh Mohon Maaf

Setelah isu kumpulan Puteh memparodikan DS Najib Razak dan isteri di Maharaja Lawak Mega 2021 tular di media sosial a ramai netizen mengecam teruk dengan pelbagai kata cemuhan. Susulan dengan kejadian itu, Kumpulan lawak, Puteh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mempersenda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya,

Puteh yang dianggotai oleh Vicha, Ali dan Mamak berpeluang bertemu Najib Razak di Klebang Melaka pada malam Selasa lalu dengan bantuan Shahrol Shiro.

Puteh Mohon Maaf
Kredit IG Shahrol Shiro

Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mewakili dua rakannya, mengakui telah membuat kesilapan apabila menjadikan Najib dan isterinya, sebagai bahan lawak sewaktu tampil pada persembahan pertama program tersebut.

Menurutnya, apa yang terjadi di pentas Maharaja Lawak Mega itu memang tidak disengajakan kerana niat mereka sebenarnya adalah untuk menghiburkan semua peminat. (Ye ke tak sengaja?)

Malangnya saya akui ini adalah kekhilafan kami dan kami perlu berjumpa beliau (Najib) iaitu orang yang dijadikan sebagai bahan jenaka. Kami dengan ini secara terbuka memohon maaf atas apa yang terjadi Ahad lalu.

“Secara jujurnya, memang ini adalah kesilapan kami yang perlu dibetulkan. Alhamdulillah kami bertiga dapat berjumpa beliau (Najib). Syukur beliau menerima permohonan maaf kami

Ali Puteh

“Ini kesilapan kami dan perkara ini tidak akan berulang lagi kerana ada benda yang kita boleh sentuh dan ada benda yang tidak boleh,”

Mamak Puteh

Nasihat Shahrol Shiro

Shahrol Shiro


Jernihkan bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Tak salah kita membuat persembahan meniru watak seseorang tetapi seeloknya minta keizinan supaya tidak menyinggung mana2 pihak.Dulu sy pernah meniru watak Abg Nasir Bilal Khan dan sebelum itu sy berhubung dgn beliau dan mohon keizinan terlebih dahulu.

DSNR tiada masalah tetapi netizen dan penonton kurang senang dengan persembahan mereka.Atas faktor itu beliau berjumpa dan memohon maaf secara terbuka.Alhamdulillah DSNR dan bagi pihak isterinya menerima permohonan maaf tersebut.Ayat yg paling win beliau ckp “Orang fitnah sy jika mohon maaf pun sy maafkan, inikan pula meniru watak saya”.Memang seorang pemimpin berjiwa besar

Tahniah kumpulan Puteh yg berani tampil menjernihkan keadaan dan menjadi contoh yg baik.Sama2 kita doakan kejayaan mereka.

2 thoughts on “Jadikan DS Najib Bahan Konten, Kumpulan Puteh Mohon Maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge