Isnin Hingga Khamis Sahaja Rentas Negeri Diluluskan

Rentas negeri hanya hari Isnin hingga Khamis?

Polis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, ia sebahagian langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 di negara ini.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

(Bagaimanapun) ini tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh,

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Pergerakan Rentas Negeri Untuk Perkahwinan Tidak Dibenarkan

Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang.

Arahan ini akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

Bagi bazar Ramadan dan karnival Aidilfitri pula semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.

Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan itu dihentikan.

2 thoughts on “Isnin Hingga Khamis Sahaja Rentas Negeri Diluluskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *