iSinar Lulus Tanpa Syarat Bermula 08 Mac 2021

iSinar lulus tanpa syarat bermula 08 Mac 2021? Ya. Pengumuman telah dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Kelulusan ini diberikan kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan terdahulu. Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

iSinar lulus tanpa syarat

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Pemansuhan yang diumumkan kepada orang ramai pada 11 Februari lalu itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat & Status Kelulusan Automatik

Jumlah pengeluaran i-Sinar lulus tanpa syarat adalah kekal seperti sebelum ini iaitu:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Contoh Situasi & Status Permohonan Ahli:

Situasi iSinar

Cara Semak iSinar Lulus Tanpa Syarat

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui i-Akaun di laman web https://kwsp.gov.my atau melalui apps tersebut.

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  2. Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian WITHDRAWAL
  4. Klik WITHDRAWAL HISTORY
  5. Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Anda juga boleh rujuk soalan lazim berkaitan iSinar Lulus Tanpa Syarat DI SINI

2 thoughts on “iSinar Lulus Tanpa Syarat Bermula 08 Mac 2021

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *