Hak Sebagai Pengguna Jika Beli Makanan Rosak

Pernahkah anda membeli makanan terutamanya yang di dalam tin, makanan tersebut rosak. Sekarang yang paling hangat kes sardin berulat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat pengumuman beberapa jenama disekat masuk ke Malaysia lepas gagal ujian makmal. Adakah anda tahu hak pengguna

Jom baca perkongsian dari Puan Norashikin Bakar, seorang peguam tentang hak anda sebagai pengguna jika timbul masalah ini.

Perkongsian Peguam- Hak Sebagai Pengguna

Hak sebagai pengguna
Photo by Mat Brown from Pexels

Tetiba teringat case study dlm subject Contract Law & Tort Law. Kes ni kalau student law mesti takkan lupa . Kes ni yg establish exception to the “doctrine of privity of contract” Lecturer kami sebut kes “snail aka siput babi” sebab tu lah ingat sampai skrg. Nama kes yang sebenar nya Donoghue v. Stevenson . Jom kita tambah ilmu undang- undang. Kita buat summary sikit untuk mudah faham.

Fakta kes: Mrs Donoghue ni dgn kawan dia telah beli sebotol bir halia dan minum di kafe . Kawan dia yang bayarkan bir tu tapi pilih minuman lain. Semasa bir dituang ke gelas , dia nampak sesuatu macam bangkai siput yang dah reput pada botol . Mrs Donoghue kemudiannya sakit perut. Lepas jumpa Doktor dia disahkan kena gastrik. Dia kemudiannya telah saman pengilang , David Stevenson atas alasan dia mengalami gastrik lepas minum bir tu. Arguement peguam sebut sepatutnya diletakkan a reasonable duty of care supaya minuman itu tidak boleh membawa penyakit kepada pembeli. Banyaklah arguement lain. Kalau rajin boleh google online kes ni.

Saya cuma nak share sikit legal knowlegde berkaitan kes sardin berulat ni. Kita baca dan alasan keputusan di bawah ni.

Keputusan Mahkamah Rayuan : Lord Atkin kalau tak salah buat keputusan masa tu dan telah mewujudkan undang undang yg memberi hak kepada pihak ke-3 untuk ambil tindakan walaupun dia bukan pihak kepada kontrak. Dalam kes ni mahkamah putuskan bahawa pengilang bertanggungjawab melaksanakan kewajipan berjaga yang munasabah ” a reasonable duty of care” untuk pastikan produk tu selamat dan boleh dimakan. Akibatnya undang -undang asal yg menyatakan hanya pihak kepada kontrak ( sepatutnya si pembayar) saja ada hak untuk mendakwa di bawah kontrak sekarangnya berubah atas pengecualian kalau melepasi test di bawah prinsip tort.

Contoh di sini , kalau si suami beli sardin dan lepas tu isteri sakit disebabkan oleh sardin tu, maka isteri ada hak di sisi undang- undang untuk mendakwa. Sebelum kes ni tak boleh buat macam tu.

” The general rule that you are to love your neighbour , you must not injure your neighbour, who is hour neighbour? The he answered – You must take reasonable care to avoid acts or omissions which can reasonably foresee would be likely to injure your neighbour. Who, then , in law, is my neighbour? The answer seems to be – persons who are so clisely and directly affected by my act that I ought reasonably to have them in contemplation as being so affected when I am directing my mind to acts or omissions which are called in question.

Lord Arkin

Kes ni secara amnya telah buka jalan penyelesaian kepada pengguna jika mendapat kesan buruk produk pengguna yg dibekal oleh pembekal walaupun tiada kontrak secara langsung dengan pelaku.

Jadi, kalau jadi sakit sebab makanan / produk kecantikan atau apa apa pembelian- sila tepuk dada tanya peguam jalan penyelesaiannya. Jadilah pengguna yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *