Fakta Sepinggan Nasi Kandar

nasi kandar

Nasi kandar lebih baik daripada nasi putih yang dimasak di rumah sebab nasi kandar tidak mempunyai kanji. Masa nasi dimasak dorang buang kanji. Jadi kandungan gula sangat kurang dalam nasi kandar berbanding nasi yang biasa dimasak di rumah.

Nasi putih juga akan disejat lapisan kanji sebelum ditanak. Ini resipi sejak dulu lagi bertujuan mengurangkan kandungan kanji dalam setiap hidangan sekali gus boleh menjaga kesihatan.

Gulai nasi kandar biasanya cair dan kurang berminyak. Malah yang lebih penting, gulai nasi kandar tidak menggunakan santan. Kalau gulai yang dimasak di rumah, kebanyakkan kita guna santan dan berminyak.

Maka kebaikan gulai nasi kandar ialah kurang kolestrol berbanding gulai yang dimasak di rumah.  Kandungan rempah yang lebih di dalam gulai nasi kandar membantu melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Kebaikan Nasi Kandar

Orang dahulu memang mementingkan kesihatan kerana setiap hidangan yang dimasak mempunyai kandungan rempah-ratus yang tidak memudaratkan malah mereka tidak menggunakan santan bagi mengekalkan kepedasan rempah asli itu

Biasanya sayur paling popular dalam nasi kandar adalah bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mempunyai vitamin C, baik untuk otot dan otak, agen pelawas serta mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal.

Petua untuk menikmati nasi kandar agar lebih sedap. Jangan makan nasi kandar menggunakan sudu dan garpu. Sebaliknya, makan guna tangan. Apabila kita makan dengan tangan bermakna kita akan memegang nasi. Sentuhan ini juga akan memberi rasa.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *