Dos Penggalak Untuk Perlindungan Optimum

Dos penggalak atau booster dose dan dos tambahan adalah berbeza tetapi dari kategori yang sama iaitu dos ketiga. Pemberian dos penggalak telah bermula 13 Oktober lalu menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer.

Setakat 19 Oktober lalu, seramai 47,729 orang telah menerima dos penggalak yang terdiri daripada petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas dan golongan komorbid. Kesemua mereka ini telah lengkap dos vaksin Pfizer sekurang-kurang 6 bulan lalu.

Bermula 22 Oktober baru-baru ini, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada warga emas yang telah lengkap 2 dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya 3 bulan lalu.

Penggunaan vaksin campuran atau heterologous vaccination ini telah pun diguna di beberapa negara lain.

Vaksin Campuran Untuk Dos Penggalak

Sebelum kaedah vaksin campuran ini dimulakan, KKM telah menubuhkan jawatankuasa kecil di bawah Jawantakuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) untuk membuat penilaian. Untuk dos penggalak, semua pengeluar vaksin perlu menghantar permohonan baharu kepada NPRA untuk penilaian terutama aspek keselamatan dan keberkesanan.

Permohonan baharu ini kerana NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat kepada dua dos vaksin keluaran Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, SinoPharm manakala 1 dos vaksin Can Sino.

Setakat ini, NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat untuk dos penggalak kepada vaksin Pfizer.

Seperti ditegaskan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pemberian dos penggalak ini tidak bermaksud dua dos yang telah diterima tidak berkesan.

Dos penggalak adalah bagi mereka di mana dua dos lengkap sudah mencukupi, tetapi dalam tempoh tertentu, tindak balas imun mula menurun.

Dos penggalak ini bagi memastikan penerima vaksin mendapat tempoh perlindungan paling optimum.

Semoga dengan adanya dos penggalak ini, tahap perlindungan diri kita lebih terjaga.

Kredit KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge