Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Dalam kita menghadapi pelbagai ujian, sedar tak sedar kita dah nak masuk tahun baru mengikut kalendar Hijrah. 1 Muharram 1443 akan jatuh pada 10 Ogos 2021(Selasa). Jadi, bersempena dengan Maal Hijrah nanti, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah.

Kita digalakkan mengamalkan doa-doa yang baik terutamanya doa daripada Al-Quran dan juga doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, kita juga boleh membacakan doa-doa yang baik isi kandungannya pada bila-bila masa sebagai usaha untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.

Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah

Lafaz Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Berikut adalah doa akhir tahun dan doa awal tahun yang boleh dibacakan menjelang bergantinya tahun baru nanti.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa banyak perubahan untuk kita semua. Kita tingkatkan persaudaraan, kesabaran menghadapi cobaan dan rintangan.

One thought on “Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge