Dividen KWSP 2020– Kadar Peratus Agihan Pendapatan

tahun 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen yang agak tinggi. Namun selepas itu kadar dividen KWSP agak rendah. Bagaimana pula dengan kadar dividen KWSP 2020?

Dengan keadaan ekonomi dan lanskap politik terkini, ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman dividen ini.

Kadar Dividen KWSP 2020

Lembaga KWSP mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2020 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Keseluruhan jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Walaupun Dividen KWSP dikira hanya setahun sekali. Namun, kadar yang dihebahkan tersebut akan dikira secara ‘PRORATA’. Kadar harian ‘daily rest’ terhadap setiap RM yang ada dalam akaun 1 & 2. Walaupun ada pengeluaran pada bulan-bulan yang tertentu, dividen akan tetap dibayar berdasarkan berapa lama tempoh hari pada tahun tersebut.

  • Untuk Caruman – Dividen hanya dikira pada hari terakhir pada bulan tersebut tanpa mengambil kira pada mana-mana hari pada bulan tertentu. Contohnya, Dividen hanya akan dikira pada 30hb April dan seterusnya walaupun caruman KWSP dimasukkan pada 20hb Mac pada tahun tersebut.
  • Untuk Pengeluaran – Dividen hanya akan dikira setakat pada hari sebelum hari pengeluaran, tiada dividen pada hari pengeluaran.
Conventional
Shariah

Sejarah Kadar Dividen KWSP

Mulai tahun 2017, KWSP telah memberi dividen yang berbeza untuk simpanan konvesional dan simpanan syariah.

2019 – Dividen sebanyak 5.45% untuk simpanan konvesional dan 5.00% untuk simpanan syariah

2018 – Dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvesional dan 5.90% untuk simpanan syariah

2017 – Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvesional dan 6.4% untuk simpanan syariah.

2016 – 5.7%

2015 – 6.40%

2014 – 6.75%

2013 –  6.35%

2012 – 6.15%

2011 –  6.00%

2010  – 5.80%

2009  – 5.65%

Pengkreditan Dividen 2020 akan dilakukan tidak lama lagi dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge