Dato’ Rizalman Ibrahim Ganti Vivy Yusof

Nampaknya doa dan permintaan netizen untuk memilih Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM termakbul. Sebelum ini usahawan Vivy Yusof telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Namun ketika beberapa kontroversi yang melibatkan Vivy, ramai netizen mencadangkan nama Dato’ Rizalman untuk menggantikan Vivy.

Dato’ Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Dato' Rizalman Ibrahim

Datuk Rizalman Ibrahim yang juga pereka fesyen terkenal telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Pelantikan ini telah dimaklumkan sendiri di Instagram milik beliau.

Dato’ Rizalman dan UiTM berpisah tiada. Beliau merupakan alumni UiTM dan merupakan graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989 sehingga 1993.

Ketika menuntut di ITM (kini UiTM) Dato’ Rizalman adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).

Dato Rizalman Ibrahim
Intagram @rizalman71

Jadi perlantikan beliau amat sesuai dan pastinya diterima ramai. Beliau juga seorang usahawan berjaya dan juga seorang dermawan.

Dato’ Rizalman sendiri berharap pelantikan ini beliau akan berkhidmat dan memacu UiTM ke arah kecemerlangan.

Tahniah Dato’. Suka dengan perkongsian ilmu di Instagram beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *