Cuti 7 Hari Tanpa Rekod Penjawat Awam Tunai Umrah

Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod sebanyak tujuh
(7) hari, iaitu sekali sepanjang tempoh perkhidmatan kepada pegawai perkhidmatan awam
persekutuan yang beragama Islam bagi maksud menunaikan umrah di Mekah dan ziarah di
Madinah.

umrah

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya,” menurut pekeliling itu.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka.

One thought on “Cuti 7 Hari Tanpa Rekod Penjawat Awam Tunai Umrah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge