Cara Rebus Jagung Yang Betul

Suka makan jagung rebus tak? Rebus jagung nampak macam mudah, tapi kalau tak kena cara jagung jadi keras, kecut dan tak rasa manisnya.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk rebus jagung supaya jagung nampak cantik dan sedap di makan.

Jagung

Tips Rebus Jagung Yang Betul

1) Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2) Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

3) Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4) Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan masukkan dalam peti sejuk.

5) Biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas.

6) Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

7) Selepas jagung masak, jika suka boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

Mudah kan? Lepas ni boleh selalu rebus jagung di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *