Cara Mohon Pengeluaran iSinar-Panduan Lengkap

Seperti yang diketahui, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jadi, buat anda yang layak dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran i-Sinar, permohonan i- Sinar boleh dilakukan secara online.

Untuk syarat boleh BACA DI SINI- Syarat Mohon Pengeluaran iSinar

Cara Mohon Pengeluaran iSinar

Perkara Penting Sebelum Mohon iSinar

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:

  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama

PENTING:

  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Permohonan isinar

Panduan Lengkap Cara Mohon iSinar

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020

Isi No MyKad dan No Telefon Bimbit. Pastikan anda mengisi nombor yang betul. Kemudian, pilih SETERUSNYA.

2. Masukkan Nombor OTP

Nombor OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda. Selepas anda SAHKAN OTP, anda akan dibawa ke laman seterusnya.

Jika nombor OTP tidak diterima, harap bersabar. Sila tunggu untuk penghantaran semula.

3. Dua langkah Pertama Mohon iSinar

Pada laman ini, anda perlu mengisi Langkah 1: Amaun pilihan dan Langkah 2: Jadual Bayaran i-Sinar.

Maksimum amaun yang dipilih adalah RM 10,000.00

Anda boleh menetapkan Jadual Bayaran untuk 6 bulan. Kemudian pilih butang TERUSKAN.

4. Isi Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran

Selepas anda melengkapkan maklumat permohonan, anda perlu mengisi maklumat pembayaran.

Sekali lagi, anda akan diingatkan potensi amaun pengeluaran anda akan berganda dengan jumlah tertentu jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun. Anda juga diberi peluang sekali lagi untuk menukar amaun pengeluaran i-Sinar.

Selepas itu, anda perlu mengesahakan nama bank dan no. akaun bank.

5. Pengesahan

Anda perlu menyemak kembali maklumat pemohon. Anda perlu tanda [ / ] bagi mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi permohonan ini adalah benar dan betul, juga anda telah membaca kesemua syarat dan anda bersetuju.

Kemudian pilih butang HANTAR.

6. Cetak dan Simpan

Permohonan anda sudah selesai.

Anda boleh mencetak dan simpan maklumat permohonan iSinar ini untuk rujukan.

iSinar Online

Peringatan

Aplikasi Palsu iSinar

Untuk pengetahuan semua,

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Please follow and like us:

6 thoughts on “Cara Mohon Pengeluaran iSinar-Panduan Lengkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *