Burger Jalanan vs Burger Mahal

Abam dan burger memang tak dapat dipisahkan. Pantang orang cakap burger mana yang sedap atau ada promosi burger pasti abam akan cuba. Ada orang tanya, abam suka burger jalanan atau burger mahal yang dijual di restoran atau kafe.

Burger jalanan vs burger mahal
Gambar AMCP TV

Susah abam nak cakap. Sebab bagi abam setiap burger ada keistimewaannya yang tersendiri. Burger yang jual di gerai tepi jalan ada yang lebih sedap dari yang disediakan di restoran.

Ada juga burger di restoran, burger dia walawehhh sedap dan harga pun tak mahal mana. Semuanya ikut kepada selera kita masing-masing.

Kisah Abam dan Burger

burger
Photo by Valeria Boltneva from Pexels

Abam dari kecil memang suka makan burger. Waktu tu mana ada burger McD atau KFC. KFC masuk Sungai Petani pun masa abam dah nak masuk sekolah menengah. McD pula tahun 1991 kalau tak silap abam baru buka.

Kami masa tu kalau nak makan burger mesti beli burger kat gerai. Ketika itu pun tak ramai yang jual burger. Abam ingat lagi gerai burger yang arwah bapak abam suka beli dekat Kompleks Seri Temin.

Kie Burger. Sampai sekarang abang Kie tu jual burger. Dari muda sampai tua dah dia. Dari pelanggan abam dan dia dah jadi kawan. Harga burger waktu tu, RM2 untuk burger daging. Kalau benjo baru RM1. Murahkan.

Dulu rata-rata yang jual burger, akan guna daging burger Ramly. Jenama ini diasaskan oleh Datuk Haji Ramli Mokni pada tahun 1984. Kalau sebut burger automatik orang akan teringat Burger Ramly.

Jenama Ramly tu memang kuat. Kadang-kadang pakai jenama lain pun orang ingat Ramly juga.  Jenama ini sahaja sudah cukup untuk menarik pelanggan.

Abam pun sampai sekarang memang suka dengan produk keluaran Ramly ni. Bila lagikan kita nak berbangga dengan produk bangsa kita.

Apabila KFC dibuka di Sungai Petani, lokasi di hadapan Jam Besar baru abam dapat rasa burger lain pula. Kelakar pula apabila ingat kembali pertama kali makan Colonel Burger.

Ye la, sebelum ni beli burger tak ada mayonis. Sekali makan yang ada mayonis, mau keluar balik apa yang abam makan. Dah jadi bahan untuk kawan-kawan. Sekali tu je. Selepas tu dah okay.

Kemudian McD pula buka. Tiap-tiap minggu abam makan BigMAC. Penangan BigMAC punya pasal, habis SPM abam buat part time di McD. Semata-mata nak makan burger di situ.

Sebab tu abam tak kisah sangan burger jalanan atau pun burger mahal. Semua abam suka. Paling penting, rasa dan harganya berbaloi.

Burger ni yang paling penting adalah gabungan roti yang dibakar sempurna dan daging yang dimasak dengan cara yang betul. Yang lain-lain tu hanya tambahan kepada burger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *