Buka Akaun Tabung Haji Secara Online

Jika sebelum ini ramai yang merungut kena beratur dan menunggu giliran untuk membuka akaun Tabung Haji (TH). Kini TH memperkenalkan kemudahan perkhidmatan dalam talian menerusi platform Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO).

Cara ini lebih memudahkan pengguna. Pengguna boleh membuka akaun sendiri secara dalam talian.

Namun, pengguna masih perlu hadir ke kaunter Tabung Haji yang terdekat bagi proses pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan. Cuma masa urusan itu menjadi lebih singkat.

Buka akaun Tabung Haji secara online

Inisiatif ini sekaligus memudahkan urusan pembukaan akaun baru dan masa untuk membuka akaun disingkatkan dari 15 minit ke satu minit serta pendeposit akan diberi keutamaan di cawangan Tabung Haji kerana telah melengkapkan permohonan terlebih dahulu.

Akaun Tabung Haji Melalui Aplikasi THiJARI

Pengarah Eksekutif Operasinya, Mustakim Mohamad memaklumkan, pengguna yang mahu mendaftar akaun Tabung Haji boleh mengakses platform VAO menerusi aplikasi THiJARI ataupun melalui laman web.

VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun Tabung Haji dengan lebih mudah dari mana sahaja mereka berada sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan. Selain itu, pendeposit yang mempunyai anak kandung di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI.

Mustakim Mohamad

Tabung Haji menyaran agar para pendepositnya terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan seluruh negara.

Sebagai makluman THiJARI adalah perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan Tabung Haji secara dalam talian.

BACA JUGA : CARA MENDAFTAR THiJARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge