Bufet Ramadan The Light Hotel Penang

Pasti ramai yang merindui bufet Ramadan The Light Hotel Penang. Ye la kan, tahun lepas kita tak dapat menikmatinya disebabkan pandemik COVID-19.

Tahun ini The Light Hotel kembali membawakan bufet Ramadan kepada kita semua dengan dengan tema Santapan Warisan Melayu dan Tabaq Al Maghribi. Konsep tema ini ialah hasil idea Chef Halim untuk mengembalikan nostalgia dan memori bersama ibu dan keluarga tercinta.

Bufet Ramadan The Light Hotel

Santapan Warisan Melayu Tema Bufet Ramadan The Light Hotel

Bufet Ramadan The Light Hotel kali ini menampilkan hampir 150 juadah tempatan yang pastinya kena dengan tekak kita. Sesiapa yang rindukan hidangan seperti Nasi Briyani, Ayam Bawang D’light, Kambing Hitam Manis, Kari Kepala Ikan dan Gulai Udang wajib singgah di sini.

Semua hidangan ini hasil sentuhan team tukang masak yang diketuai oleh Executive Chef, Chef Halim Mohamad. Air tangan Chef Halim memang sedap ya amat.

Abam sendiri suka dengan Nasi kandar D’light yang enak tak terkata.

Untuk kali ini juga, bufet Ramadan The Light Hotel, pelanggan boleh juga mencuba nasi dagang, nasi kerabu, daging harimau menangis yang original dan telur lomak cili api belimbing buluh.

Nasi Dagang
Nasi Kerabu
Daging Harimau Menangis
Telur Lomak Cili Api Belimbing Buluh

Jangan lupa untuk mencuba “Gulai Periuk Besaq Kenduri Mak Ngah”. Ada gulai tetel daging, gulai ayam nangka pucuk ubi atau gulai ikan tempoyak “Che Yah Gebu”.

Tabaq Al Maghribi – Dari Morroco ke Penang

Selain hidangan Santapan Warisan Melayu, bufet Ramadan The Light Hotel membawa hidangan Morroco ke Pulau Pinang. Hidangan ini pastinya membuka selera anda.

M’qualli (Moroccan Chicken with Daghmira), brochettes (meat in skewers), Harira (Moroccan Lentils & Chickpeas Soup), Merguues (Spicy Lamb Sausage), Whole Baked Fish with Harissa dan Mechoui (Moroccan Roast Lamb) tentunya memberi kelainan di bufet Ramadan kali ini.

M'qualli
M’qualli
Merguues
Merguues
Kefta
Kefta
Brochettes
Brochettes
ayam masak kuskus
ayam masak kuskus

Info Bufet Ramadan The Light Hotel Penang

Bufet Ramadan “Santapan Warisan Melayu dan Tabaq Al Maghribi”.

Bufet bermula 13 April – 12 Mei 2021 jam 7.00 – 9.30 malam.

Harga RM108 untuk dewasa.

Sambil berbuka puasa boleh layan live band dendangan kumpulan Al-Rayyan

Ada kemudahan surau dan boleh solat terawih berjemaah.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 604-382 1111

One thought on “Bufet Ramadan The Light Hotel Penang

  1. Masya Allah die punye sajian semue tampak sedap, tak terase setahun dah lepas ye Bang. Semoge kondisi pandemi ini cepat pulih dan saye pun bise berkunjung kesana lagi dalam kondisi normal. Amin ya Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *