BPR Fasa 3 dan Rayuan Dibayar 28 September

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan bantuan BPR Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 28 September. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

BPR Fasa Ke-3

Pembayaran Fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diperoleh penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Jumlah Pembayaran BPR Fasa 3

Bagi Fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh hingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR pula hingga RM2,300. Ini termasuk bayaran BPR tambahan bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima.

Jumlah pembayaran ini mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Antara lain, beliau berkata, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberi kepada penerima yang layak.

Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

Keluarga Malaysia boleh merujuk soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi BPR, iaitu https://bpr.hasil.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2 thoughts on “BPR Fasa 3 dan Rayuan Dibayar 28 September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge