BPR 2021 Tarikh Akhir Mohon dan Kemaskini Dilanjutkan 25 Februari

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021. Sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Ini bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Permohonan ini hanya untuk pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

Tarikh Akhir Mohon dan Kemaskini Dilanjutkan

Kemaskini Permohonan BPR 2021

Kemaskini permohonan BPR 2021 ini termasuk golongan mudah terjejas baharu (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.

BACA INFO : Permohonan dan Kemaskini BPR 2021 Secara Online

Dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskinisekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Tarikh Pembayaran Dipercepatkan

Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 yang lepas.

Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. Setakat ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.

Selain itu, proses semak silang ini juga melibatkan 25 Agensi Kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan sebagainya untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan BPR.

Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

2 thoughts on “BPR 2021 Tarikh Akhir Mohon dan Kemaskini Dilanjutkan 25 Februari

  1. Yey..dilanjutkan lagi. Boleh lah mereka yang layak tapi tak berkesempatan dr segi masa terus memohon kan..tenkiu gomen.. i love you.. – Laila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *