Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini. BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Terkini, portal rasmi BPR telah beroperasi sepenuhnya di https://bpr.hasil.gov.my/ dan mulai 15 Januari, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 melalui portal rasmi tersebut.

Syarat Kelayakan BPR 2021
Bagi Isi Rumah
PEMOHON
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
PASANGAN
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
ANAK
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
• Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur:
– 17 tahun dan ke bawah; atau
– 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta
Bujang
PEMOHON
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.
Nilai Bantuan BPR2021

Nilai bantuan BPR2021 adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
2. Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000
Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
3. Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000
Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
4. Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas). Sebelum ini hanya mereka yang berumur 40 tahun dan berpendapatan RM2,000 sahaja yang layak menerima bantuan.
Jadual Bayaran BPR2021
Jadual pembayaran untuk BPR2021 adalah seperti gambar di bawah

Cara Mohon BPR2021
Bagi penerima BSH sebelum ini, hanya perlu kemaskini maklumat di portal.
Manakala yang belum pernah menerima boleh mohon BPR2021 secara online. Tidak digalakkan menghantar borang untuk membendung Covid-19.
- Layari portal BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan berikut boleh dimuat naik ke dalam permohonan melalui portal
- Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
- Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
- Anak Kandung
Proses Verifikasi Permohonan BPR2021
Setiap permohonan BPR2021 akan diverifikasi berdasarkan data agensi-agensi berikut:

Alhamdulillah..satu per satu bantuan dihulurkan oleh kerajaan. Tu pun ada yang masih benci kerajaan kan hehe
Boleh lah buat belanja. Daripada tiada, kita syukur. Isi borang kena pastikan betul details