Boleh Ke Pembeli Nak Masuk Rumah Awal

“Tuan, saya dah sign SPA boleh ek nak masuk awal?” Ini merupakan pertanyaan popular dikalangan pembeli rumah. Boleh ke pembeli nak masuk rumah awal?

Dalam urusan jual beli rumah subsale, kunci hanya akan diserahkan setelah pembeli menjelaskan keseluruhan harga jual beli(Purchase Price) kepada penjual. Sama ada melalui Bank Loan atau secara tunai (Cash Buyer).

pembeli nak masuk rumah awal

Antara alasan mereka untuk masuk rumah awal adalah :

  • tuan rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
  • mereka tiada tempat lain untuk tinggal;
  • mereka juga kata mereka dah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya mereka dah ada hak terhadap rumah tersebut,
  • mereka kata nak renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah tersebut, dan lain-lain alasan lagi.

Boleh Ke Pembeli Nak Masuk Rumah Awal

Mesti ramai yang masih kabur dengan situasi ini. Penjual atau REN pun serba salah jika ada pembeli nak masuk rumah awal.

Jom kita baca penerangan dari peguam Puan Norashikin Bakar

REN tahu tak bila Pembeli buat permintaan nak masuk rumah awal dan buat kerja- kerja renovation, risiko kepada penjual sangat tinggi.

Bayangkan , jika dalam tempoh transaksi Pembeli jadikan kediaman itu tempat proses dadah jenis syabu.

Bayangkan , jika dalam tempoh proses tersebut Pembeli ditakdirkan meninggal dunia @ mengalami penyakit kritikal sebelum pihak Bank membuat pengeluaran pembiayaan dan belum dilindungi insurans

Bayangkan jika dalam tempoh proses tersebut Penjual dapat tahu bahawa renovation tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh PBT dan Penjual disaman oleh PBT

Bayangkan jika dalam tempoh proses tersebut kediaman tersebut terbakar dan tidak dilindungi polisi insurans

Itu baru sikit contoh kemungkinan yang boleh berlaku.

Jadi jangan salahkan peguam jika kami nasihat sebaliknya. Kami lebih faham undang- undang dan sedaya upaya menjaga kepentingan anda.

Janganlah tuduh kami suka buat payah benda mudah. Kalau dah jadi, pening kepala kami dipaksa selesai masalah hampa.

Nota: REN dibayar oleh Penjual untuk menjadi pemudahcara. Jadi berhati- hati dengan request sebegini.

Jadi elakkan lah minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.

One thought on “Boleh Ke Pembeli Nak Masuk Rumah Awal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge