Bayaran GKP 4.0 Mulai 21 September

Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran GKP 4.0 akan bermula pada 21 September 2021.

Semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021.

Secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP sejak pandemik Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Bayaran GKP 4.0

Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Penerima GKP 4.0

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
a) Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
b) Permohonan baharu GKP 4.0

Bagi permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 yang berstatus lulus, tidak layak GKP 4.0.

Kerajaan memberi keutamaan kepada sektor PKS ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP

Semoga dengan bantuan ini peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai.

2 thoughts on “Bayaran GKP 4.0 Mulai 21 September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge