Bayaran BPR Fasa 2 Bermula 7 Mei 2021

BPR Fasa 2 yang ditunggu sudah ada tarikhnya. Seperti sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa kedua akan mula dibuat bermula 7 Mei ini dan akan memanfaatkan jumlah penerima merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas dan seramai 3.8 juta individu bujang.

Baki bayaran bagi fasa kedua ini akan dibuat mengikut kategori seperti Bujang, Pendapatan Isi Rumah dan bilangan anak bagi setiap ahli keluarga.

Bagi penerima bayaran BPR fasa pertama, pemohon telah menerima jumlah bayaran seperti berikut;

  • Kategori Isi Rumah – RM300
  • Kategori Bujang – RM150
BPR Fasa 2

Pembayaran bagi fasa kedua BPR pula akan diberikan kepada penerima yang lulus mengikut jadual seperti yang dinyatakan ;

Jadual bayaran BPR

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Penerima Bayaran BPR

Penerima Bayaran
Penerima permohonan baharu

Pembayaran BPR 2021 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pada tarikh pembayaran BPR 2021 yang akan ditetapkan bagi pemohon yang mempunyai akaun bank.

Bagi kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang TIDAK mempunyai akaun bank akan dibuat secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh yang terdekat.

2 thoughts on “Bayaran BPR Fasa 2 Bermula 7 Mei 2021

  1. Alhamdulillah..ngam ngam sebelum raya tu. bolehlah guna utk perbelanjaan hari raya..bestnya kerajaan hari ini! Thank you abah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge