Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021

Kerajaan mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam. Ia bermula dari Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP. Manakala RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkaitan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum. Ini atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Penjawat Awam Selangor Terima Setengah Bulan Gaji, RM1,000

Kerajaan Selangor pula mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 19 Mei.

BKK Selangor

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BKK itu turut diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar kerajaan Persekutuan.

2 thoughts on “Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *