Berita baik bagi yang menunggu tarikh bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedia maklum isu kelewatan pembayaran BKC.
Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

BKC ialah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun lalu, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
Penerima Bayaran BKC
BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
BACA JUGA : BANTUAN KHAS COVID-19
Alhamdulillah, akhirnya akan dikreditkan kepada yang telah disebutkan.
Laila recently posted…Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021.