Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 25 November

25 November 2021 (Khamis), dengan peruntukan RM300 juta Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 2 akan mula dibayar. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

bantuan khas covid

“Seperti semua sedia maklum, pembayaran Fasa 1 BKC telah selesai dibuat pada bulan September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan pada bulan Disember melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40,”

Ismail Sabri

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Bayaran BKC Fasa 2 Mulai Khamis Ini

Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka mulai Khamis ini.

Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC https://bkc.hasil.gov.my.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500).

Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200) manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Ismail Sabri menegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC itu mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kredit : BERNAMA

3 thoughts on “Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 25 November

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge