Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam

Seluruh warga Malaysia sudah pasti gembira dengan pembentangan Belanjawan 2021 hari ini yang menjadi belanjawan sulung oleh kerajaan Perikatan Nasional. Ia mungkin yang paling penting dalam sejarah negara.

Ini kerana negara sedang mengharungi krisis kesihatan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini, sehingga menimbulkan gangguan besar dalam kehidupan dan mata pencarian segenap rakyat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Belanjawan 2021

Salah satu fokus Belanjawan 2021 adalah memperkasa penyampaian perkhidmatan awam. Ini adalah untuk memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat. Ia juga memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Belanjawan kali ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan Malaysia

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

Setiap kali Belanjawan, golongan penjawat awam pasti tidak dilupakan. Bagi Bajet 2021 beberapa insentif untuk penjawat awam telah diumumkan.

Sebagai menghargai jasa dan bakti anggota penjawat awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

Bantuan Khas Kewangan RM300 diberikan kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.

Terima kasih untuk Perdana Menteri atas keprihatinan kepada penjawat awam.

Perdana Menteri Malaysia

Please follow and like us:

2 thoughts on “Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *