Mulai Ogos ini 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang bakal menikmati Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama “Pemulih”, singkatan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi diumumkan oleh beliau.
Bantuan Khas COVID-19 ini memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Kategori Penerima Bantuan Khas Covid-19
Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November,dan RM300 pada bulan Disember.
Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos.
Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.
Makluman Bantuan Khas COVID 19 (BKC) seterusnya akan dimaklumkan di https://bpr.hasil.gov.my
Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan moratorium selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam tanpa syarat. Pemberian itu membabitkan semua sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secaraa automatik.
Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
Permohonan akan dibuka pada 7 Julai.
Alhamdulillah. Dah setahun lebih, kerajaan masih tak putus-putus hulur bantuan walau ada yang mengecam kerajaan.. Nikmatilah dan uruskan dengan bijak bantuan yang diterima.
Laila recently posted…Cara Mudah Urus Duit Moratorium.
Alhamdulillah.. syukur. Memberi sinar kepada mereka yang amat memerlukan
Geng Borak recently posted…iCitra KWSP, Pengeluaran RM1,000 Untuk 5 Bulan
Alhamdulillah…Mudah-mudahan ringan sedikit beban rakyat dengan adanya bantuan ini
Wan Zawawi recently posted…Tempahan Qurban Secara Online Melalui NurAqiqah 1442/2021 Di Tanah Suci Makkah