Bajet 2022 : RM2,000 Untuk Bantuan Keluarga Malaysia

Bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Paling menarik bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 diberikan berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan.

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM350 seorang.

Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.

Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.

Semoga pembaharuan yang digariskan di dalam Bajet 2022 ini dapat membantu golongan rentan yang benar-benar terkesan dan diberi lebih tumpuan.

One thought on “Bajet 2022 : RM2,000 Untuk Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge