Aplikasi Sugarbook Ada Unsur Pelacuran?

Jangan terbabit dengan aplikasi Sugarbook dan aktiviti ‘sugarbaby’ kerana ia boleh menjurus kepada lembah pelacuran dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Itu yang ditegaskan penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani menerusi video ringkasnya di TikTok.

“Saya nak sebut bahawa siapa yang muat turun aplikasi ini berdosa dalam hidup mereka.Jangan terbabit dengan perkara demikian kerana ia menjurus kepada aktiviti pelacuran,”

Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Aplikasi Sugarbook

Media sebelum ini melaporkan bahawa Malaysia telah dikategorikan pada kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah ‘sugar daddy’ melalui aplikasi Sugarbook.

Sugarbook adalah sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform bagi mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

SKMM Akan Siasat Aplikasi Sugarbook

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau dan menyiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) aplikasi Sugarbook dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.

PDRM akan mengambil tindakan lanjut jika ada terdapat unsur kegiatan pelacuran.

Baru-baru ini, Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Lebih mengejutkan ramai pihak apabila Sugarbook melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar universiti mendaftar untuk menjadi ‘sugar baby’ sejak Januari, dipercayai atas alasan krisis kewangan yang dialami.

Namun paling mengecewakan apabila ada juga yang membantah penutupan aplikasi Sugarbook ini.

Semoga pihak berkuasa agama dapat menyiasat dan menyelamatkan bagi pelajar yang beragama Islam.

One thought on “Aplikasi Sugarbook Ada Unsur Pelacuran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge