Apabila Penjawat Awam Bujang Meninggal Dunia

Ramai yang tertanya apabila seseorang penjawat awam meninggal, apakah faedah terbitan yang akan diterima? Kalau yang berkahwin memang kita tahu banyak faedah terbitan yang diterima oleh pasangan.

Jom kita baca perkongsian dari Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) mengenai perkara ini.

Sekiranya penjawat awam berstatus ‘bujang’ meninggal dunia, apakah faedah terbitan yang akan diterima oleh ibu / bapa tanggungan?

Sekiranya ibu dan bapa masih hidup, keutamaan faedah terbitan akan diberikan kepada ibu dahulu. Bapa akan layak, sekiranya tiada ibu.

Namun, ibu bapa tidak layak terima Pencen Terbitan (bayaran bulanan).

Penjawat awam bujang
Kredit: Pexels

Apakah Faedah Terbitan Yang Diterima Jika Penjawat Awam Bujang Meninggal Dunia

Tertakluk kepada keadaan tertentu, Faedah Terbitan dan kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

1. Ganjaran Terbitan (bayaran sekaligus)

Kiraan Ganjaran Terbitan adalah sama formulanya dengan Ganjaran Perkhidmatan bagi penjawat awam yang bersara seperti berikut :7.5% x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji pokok akhir.

Kadar faedah ini besar, tertakluk gaji pokok akhir dan jumlah bulan gemulah berkhidmat.

2. Award Gantian Cuti Rehat (GCR) Terbitan (bayaran sekaligus)

Jika gemulah ada simpan GCR. Kiraannya adalah sama seperti penjawat awam yang akan bersara :

1/30 x jumlah hari GCR terkumpul x (Gaji Pokok Akhir + Imbuhan Tetap)

3. Ex-Gratia Terbitan (bayaran sekaligus)

Pengiraan faedah ini seperti nak kira Ganjaran Perkhidmatan di atas dan cuma yang membezakannya adalah kaedah pengiraan jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira.

Jumlah tempoh perkhidmatan yang diambil adalah mulai sehari selepas kematian sehingga tarikh opsyen bersara wajib gemulah sekiranya gemulah masih hidup.

4. Ex-Gratia Kematian (bayaran sekaligus)

Faedah ini boleh dipertimbangkan sekiranya tempoh perkhidmatan gemulah kurang 20 tahun. Kalian boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2019.

Salah satu syarat penting yang lain, kematian bukanlah disebabkan oleh ‘bunuh diri’.

5. Pencen Tanggungan (bayaran bulanan)

Tertakluk kepada bagaimana kematian berlaku, faedah ini boleh dipertimbangkan.

Secara ringkas, sekiranya kematian berpunca dari kemalangan semasa bertugas yang bukan disebabkan kecuaian atau kematian dari kemalangan yang berlaku sewaktu dalam perjalanan yang bukan juga disebabkan kecuaian, faedah ini boleh dipertimbangkan.

Kadarnya adalah 1/6 dari gaji pokok akhir untuk ibu atau bapa bagi gemulah yang bujang.

6. Faedah Perubatan

Bagi penjawat Awam Persekutuan, sama ada gemulah memilih Skim Pencen atau Skim KWSP, ibu bapa kepada gemulah boleh dipertimbangkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009.

Dapatkan Surat Jaminan / GL dari Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Bagi gemulah Awam Negeri / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk penerimaan peraturan tanggungan perubatan dan rawatan ini, ibu bapa kepada gemulah boleh dipertimbamgkan.

Surat Jaminan / GL boleh dapatkan dari Jabatan Akhir gemulah kerana tanggungan dari Jabatan Akhir gemulah.

Banyak info menarik jika follow page Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

One thought on “Apabila Penjawat Awam Bujang Meninggal Dunia

  1. Anak saya bujang penjawat awam meninggal dunia dalam perkhidmatan.dia kerja lapan tahun dalam KKM berpecen.tapi kerajaan hanya bagi rm24000. kepada emak si mati.adakah faedah boleh dapat untuk waris si mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge