Al-Azzim Nasi Arab Sedap Betul Ke?

Bila gaji dah jengah akaun bank, mula la abam nak makan sedap-sedap sikit. Ehhh padahal setiap hari pun memang makan sedap kan. Kahkahkah.

Cuma hari ni tekak abam teringin nak makan nasi arab mendy. Okay la kan sesekali tukar selera. Abam ajak geng ofis makan di Al Azzim Nasi Arab. Kawan abam ni pun cerewet gak kalau pasal makan. Nak sedap saja.

Al-Azzim Nasi Arab
Gambar AMCP TV

Kami pesan set talam nasi mendy ayam dan kambing. Sesuai la untuk 2 orang kan. Air pula kami pesan jus Al-Azzim.

Abam bukan nak puji lebih-lebih, tapi nasi mendy di sini memang sedap ya amat. Abam suka bau herba nasi ni. Rupanya tuan kedai menggunakan ‘smoke technique’ dengan herba rahsia. Patut la wangi.

Ayam dan kambing jangan cakap la. Dah la juicy, lepas tu portion dia besar. Memang puas makan. Kalau makan nasi mendy ni, sup dia mesti kena sedap. Kalau tak potong rasa. Sup di sini sup kambing. Habis sup abam hirup.

Makanan Al-Azzim Nasi Arab

Kami juga mencuba hidangan sampingan yang rugi kalau tak pesan.
Shawarma ayam dia penuh rasa. Macam makan original shawarma dari Timur Tengah. Bukan abam cakap. Kawan abam yang cakap sebab dia pernah ke sana.

shawarma

Kalau dah pernah makan garlic bread dan mushroom soup restoran pizza terkenal, kena juga makan kat sini. Rasa dia lebih sedap dan berkrim.

Rezeki kami hari ni apabila tuan kedai belanja makan humus kacang kuda. Pertama kali makan. Humus ni beliau buat sendiri. Makan dengan roti pita.

Makan tengahari kami memang mengenyangkan. Mujur pesan sekali teh arab. Rasa segar je nak masuk pejabat semula.

Restoran Al-Azzim juga ada hidangan ala Thai dan makanan barat.

Abam suka kat sini sebab restoran dia bersih serta selesa. Tingkat atas ada surau dan juga dewan untuk penganjuran majlis. Nak parking pun mudah.

Cara Ke Sana

Bagi yang nak datang boleh ke alamat di bawah:

245, Jalan Legenda 9,
Lagenda Heights,
08000 Sungai Petani,
Kedah
(Berhampiran Tesco SP Utara, Lagenda Height)

📞 019-575 5566

Waktu Operasi:
Buka Setiap Hari kecuali Selasa
11pagi – 11malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *