Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 Sept ini. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan.

Menurut MOTAC aktiviti yang dibenarkan merangkumi kebenaran penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay (rumah inap), aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen, dan pameran serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan.
Kebenaran juga diberikan untuk produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, sukan lasak atau pengembaraan (adventure) atau taman semulajadi (nature parks), ladang (farms), akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.

Aktiviti pelancongan minat khas seperti golf, selam skuba, berbasikal), memancing, pelayaran dan sebagainya juga dibenarkan.
Aktiviti Lain Yang Dibenarkan Di Langkawi
Turut dibenarkan ialah aktiviti eko geo-kembara seperti berkhemah, mendaki, kembara gua, dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya.
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi, menurut kenyataan itu.
Turut dibenarkan beroperasi ialah taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lawatan bersifat akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni dan Laman Padi.
BACA JUGA : TEMPAT MAKAN SEDAP DI LANGKAWI
MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik untuk seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.

Tak sabar nak gi bercuti di Langkawi. Banyak tempat best yang boleh kita teroka di sana.
Cuma mohon yang bercuti nanti menjaga diri dan SOP.
Bestnya… Lebih best jika ada Hotel-Hotel yang buat promosi comeback ni
Geng Borak recently posted…Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Sittah Annur Ditahan
boleh cadangkan utk berkursus di Langkawi pasni. asyik kursus dlm ofis depan pc je..ubah!
Laila recently posted…Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021.
Ini baru keren, kondisi pandemi membuat semua orang merasa boring di rumah. Sekarang saatnya kembali menikmati akhir pekan dengan liburan. Tentu saja dengan tetap melakukan prosedur kesehatan.