Agong Zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang

Kejayaan dua orang penuntut memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) mendapat perhatian Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Melalui satu hantaran di akaun FB Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah binti Mohamad Zaini dan Putera Aiman bin Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka berdua disenarai pada kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

Agong Zahirkan Ucapan Tahniah

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas kejayaan mereka berdua yang sekali gus menjulang dan mengharumkan nama negara.

Agong Zahirkan Harapan Buat Belia

Kejayaan kedua-dua belia ini membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa. Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka Baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada Nur Athirah dan Putera Aiman serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Inspirasi Kejayaan

Nur Athirah merupakan anak jati Pahang dan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor, manakala Putera Aiman merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua belia ini, yang berumur 19, berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2). Mereka telah menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Disember lalu.

Tahniah buat kedua penuntut cemerlang ini.

2 thoughts on “Agong Zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang

Leave a Reply to abam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *