Abah Autogarage Bengkel Murah Parit Sulong

Berita baik untuk penduduk Parit Sulong. Jika kenderaan anda mempunyai masalah, boleh ke Abah Autogarage.

Jom kita baca perkongsian dari Saiful Sazali.

𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗜𝗦 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔!

Dah menjadi kebiasaan kalau saya nak servis kereta saya akan balik ke kampung. Banyak sebab sebenarnya yang menjadikan saya lebih selesa servis kereta di kampung selain menaikkan ekonomi penduduk sekitar.

Di bengkel ni, sesiapa sahaja akan merasa gembira dengan layanan yang diberikan oleh pengusaha bengkel ni. Memang tip top lah layanan.

Lokasi Abah Autogarage adalah di Parit Sulong, Johor.

abah autogarage

𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙧𝙫𝙞𝙨 𝙙𝙞 𝙨𝙞𝙣𝙞?

1. 𝙇𝙖𝙮𝙖𝙣𝙖𝙣 5 𝙗𝙞𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜- Jangan terkejut jika anda sampai sahaja di sini dan anda akan disambut dengan senyuman dan sapaan yang mesra seperti sudah lama berkenalan. Mereka memang ramah dan tak lokek senyuman.

2. 𝙃𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙨𝙚𝙧𝙫𝙞𝙨 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙢𝙪𝙧𝙖𝙝!- Dekat sini servis memang murah sangat. Bayangkanlah tukar minyak hitam semi sintetik dengan oil filter sekali upah baru Rm130! Pernah sekali tu minta check kan tayar, lepas tu buka tayar depan pindah ke belakang.

Bila nak bayar dia kata free je. Terus saya kejar dia keliling kedai minta dia cas juga. Akhirnya saya terpaksa paksa dia ambil juga upah.Ada sekali tu dia servis brek saya sebab berbunyi. Dan sekali lagi dia tak cas!Geramnya. Tp pengusaha ni memang baik hati.

3. 𝙎𝙚𝙧𝙫𝙞𝙨 𝙥𝙖𝙣𝙩𝙖𝙨 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙁𝙚𝙧𝙧𝙖𝙧𝙞!- Jarang tunggu lama bila servis dekat sini. Mungkin disebabkan cukup tenaga kerja terutamanya Intern dari GIATMARA. Memang laju kerja diorang ni. Tengok pun syok! Yang paling penting adalah kualiti.

Bila terjumpa bengkel yang baik macam ni, terasa serba salah pulak bila saya tak share dengan yang lain. Perkara baik kita haruslah kongsi kan.Nak tukar tayar pun boleh tau. Lengkap semua servis enjin dan tayar.

kedai tayar abah autogarage

Di bawah saya share kan link Fb dan Whatapss kalau sesiapa yang nak follow dan bertanya :

FB : https://m.facebook.com/…/Abah-Autogarage-117712479633336/

Whatapss : http://www.wasap.my/60175356740/kedaitayarabah

Lokasi : https://goo.gl/maps/6NzuXZXfkr41A4Yw9

Saya dah cuba servis mereka dan saya sangat berpuas hati dengan harganya yang kurang ajar murahnya. Anda bagaimana?

Nota: Admin tak ubah perkataan dan ayat dari penulis asal.

One thought on “Abah Autogarage Bengkel Murah Parit Sulong

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *