5 Sebab Bahasa Melayu Akan Dimusnahkan

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Dalam kita mendahulukan bahasa kebangsaan ini, masih berlaku bahasa campuran atau ‘bahasa rojak.

Ini menunjukkan bahasa kebangsaan kita akan dimusnahkan. Pemuda ini berkongsi 5 sebab Bahasa Melayu akan dimusnahkan.

Bahasa Melayu akan dimusnahkan
Sumber: Bernama

1. Kekurangan usaha terjemahan bahan bacaan seperti abstrak, artikel, jurnal, teks dan buku untuk sains, matematik, teknologi, ekonomi dll dari Bahasa inggeris, jepun, korea selatan, jerman ke Bahasa Melayu.

2. Bahasa Ilmu akan sentiasa dijadikan bahasa utama pilihan orang ramai demi agenda kemajuan. Bahasa Jepun, Cina, Korea Selatan, Jerman dimartabat dengan senang kerana usaha terjemahan bahan bacaan yang cukup cepat dan jitu – hampir semua bahan bacaan yang diterbit dengan nombor siri ISBN akan diterjemah ke bahasa Jepun/Cina/Korea Selatan dalam masa beberapa minggu sahaja.

3. Kemunculan bahasa WeChat dan singkatan kata yang memedihkan mata dibaca, memedihkan telinga didengar.

4. Anglofilia antara semua kaum terutamanya kaum orang Melayu. ‘Speaking (English)’ itu memang usaha murni tapi jangan sampai ejek dan hina jiran atau saudara yang ‘tak speaking’. Masa ‘speaking’ mohon ‘speak’ dengan betul – patuh tatabahasa. Jangan campur aduk bahasa Melayu dan Inggeris.

5. Apa salahnya pakai istilah melayu sehingga kena diganti dengan istilah inggeris. Rancangan TV melayu juga mohonlah pakai bahasa melayu patuh tatabahasa. Jangan I I you you. Pedih didengar.

TAI ZEE KIN

Setuju, pedih dengan kedengaran serta melihatkan bahasa dicampur adukkan dan bahasa kebangsaan tidak dimartabatkan.Negara yang maju, mereka berbangga dengan bahasa mereka. Apapun, “Bahasa Jiwa Bangsa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge