5 Hotel dan Guest House Murah di Pantai Cenang Langkawi

Ramai yang ke Pulau Langkawi mesti akan memilih penginapan di Pantai Cenang. Ini kerana Pantai Cenang tempat tumpuan kerana banyak tempat makan dan tarikan yang menarik. Di sini abam nak share 5 hotel dan guest house murah di Pantai Cenang Langkawi.

Semua hotel dan guest house ni abam dah pernah menginap. Rate untuk hotel dan guset house ni semua bawah RM200 untuk satu malam.

Hotel dan Guest House Murah Pantai Cenang

1.Best Star Resort

Best Star Resort

Hotel yang abam paling suka. Lagi-lagi kalau dapat bilik bawah berhadapan dengan pantai. Bilik pun luas.

Cuma perabot di hotel ni agak lama.

2. Malibest Resort

Malibest Resort

Terletak sebelah Best Star Resort. Hotel ni memang selalu penuh.

Kalau nak menginap di sini kena tempah awal. Bilik luas. Sesuai untuk keluarga.

3. MyVilla Langkawi Hotel

MyVilla Resort

Terletak agak jauh sikit dari Pantai Cenang, namun ia tetap menjadi pilihan pengunjung. Bilik di sini sesuai untuk keluarga.

Ianya besar dan ada peti sejuk kecil. Parking pun selesa. Ada kolam renang untuk keluarga.

BACA JUGA : AKTIVITI PELANCONGAN YANG DIBENARKAN

4. Tok Jah Guest House

Tok Jah Guest House

Guest house yang murah di Pantai Cenang. Nak pergi Underwater World pun dekat. Nak pergi main di tepi pantai hanya jalan kaki saja. Lagi satu kalau malam tak perlu risau tentang makanan.

Sebelah homestay ni ada medan food truck. Bermacam jenis makanan dijual di sini.Nak buat BBQ pun boleh. Kawasan homestay ni luas. Selesa untuk bersama keluarga.

5. Mai Cenang Guest House

Mai Cenang Guest House

Kalau Tok Jah Guest House penuh, boleh datang menginap di Mai Cenang Guest House. Kedua-duanya terletak bersebelahan.

Sini juga sesuai untuk keluarga.

3 thoughts on “5 Hotel dan Guest House Murah di Pantai Cenang Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge